fbpx

The Ocean Cleanup angkut 10 tan plastik dari Great Pacific Garbage Patch

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SAINTIS menjalankan operasi berterusan untuk membersihkan GPGP. - The Ocean Cleanup

WASHINGTON – Sekumpulan sukarelawan yang terdiri daripada golongan saintis berjaya mengumpul sampah plastik seberat 10 tan dari Great Pacific Garbage Patch (GPGP) di utara Lautan Pasifik, lapor portal berita MailOnline semalam.

Pengumpulan tersebut merupakan jumlah sampah plastik terbesar pernah dibersihkan dari tapak berkenaan.

GPGP yang terletak di utara Lautan Pasifik menjadi zon pengumpulan sampah plastik terbesar di dunia dengan anggaran luas permukaan lebih 1.55 juta kilometer persegi.

Terletak di tengah-tengah antara dua negeri Amerika Syarikat (AS) iaitu Hawaii dan California, GPGP dianggarkan menempatkan lebih 2.41 juta tan plastik dan jumlahnya dijangka terus meningkat.

Setakat ini, jumlah timbunan sampah yang berjaya dialih keluar dari GPGP adalah 145 tan.

Sebuah organisasi yang ditubuhkan bertujuan untuk membersihkan GPGP, The Ocean Cleanup menyasarkan pengurangan sampah plastik terapung sebanyak 90 peratus menjelang 2040.

“Pada 11 Oktober lalu, kami berjaya mengekstrak timbunan sampah terbesar iaitu 10,086 kilogram (kg) plastik dari GPGP dalam tempoh hampir seminggu.

“Kami menyasarkan untuk satu lagi pengekstrakan dalam masa seminggu sebelum kembali ke pelabuhan untuk pertukaran kru tetap dan memulakan trip terakhir untuk tahun ini,” tulis organisasi itu di Twitter.

The Ocean Cleanup pada awalnya mencipta garis pantai tiruan di sekeliling GPGP yang menumpukan kawasan berplastik. 

Ia terdiri daripada penghadang berbentuk U yang panjang dan menyalurkan plastik ke zon pengekalan di hujungnya.

“Dengan mengekalkan perbezaan kelajuan pergerakan plastik, ia boleh ditangkap dalam zon pengekalan dalam sistem pembersihan itu,” jelasnya.

Teknik yang digunakan itu setakat ini berjaya mengekstrak 145 tan plastik yang terdiri daripada kepingan kecil dengan ukuran bersaiz milimeter sehingga serpihan sebesar berpuluh-puluh meter. – Agensi 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI