JOHOR BAHRU – Perayaan sambutan Deevapali yang disambut pada hari Isnin 24 Oktober depan memberi peluang kepada warga Singapura bercuti di Johor.
Cuti panjang selama tiga hari bermula sabtu menyebabkan ratusan kenderaan dari Singapura beratur panjang bermula dari Pusat Pemeriksaan Imigresin Singapura hingga di Bangunan Sultan Iskandar (BSI).
Tinjauan Utusan mendapati kenderaan dari Singapura mula bersesak di Tambak Johor sejak jam 4 petang tadi sebaik habis kerja di replublik tersebut.
Begitu juga dengan kenderaan dari BSI menuju ke Singapura turut beratur panjang namun keadaan aliran lalulintas terkawal walaupun hujan pada sebelah petang. – KOSMO! ONLINE