fbpx

Talian HEAL 15555 operasi hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairy melawat ruang aktiviti pembelajaran kesihatan mental di Cyberjaya hari ini.

CYBERJAYA- Talian Krisis Kesihatan Mental Kebangsaan atau talian HEAL 15555 yang dikendalikan Pegawai Psikologi Kementerian Kesihatan mula beroperasi hari ini.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, talian itu merupakan penambahbaikan ke atas Talian Bantuan Perkhidmatan Sokongan Psikososial (MHPSS) bertujuan menggalakkan individu menghadapi masalah kesihatan mental tampil mendapatkan bantuan awal.

“Pada 10 Oktober bersempena dengan sambutan Hari Kesihatan Minda Sedunia, saya umumkan penambahbaikan ke atas talian MHPSS dengan mewujudkan talian lima digit dikenali sebagai Talian HEAL 15555 yang mula beroperasi pada hari ini.

“Perkataan HEAL itu bermaksud ‘Help with Empathy and Love’ dan ia akan beroperasi bermula pukul 8 pagi sehingga 12 tengah malam setiap hari termasuk cuti umum,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan (NCEMH) di sini tadi.

Mengenai NCEMH, Khairy berkata, pusat berkenaan dapat meminimumkan jurang perkhidmatan dan mempertingkatkan perkongsian sumber kepakaran kesihatan mental melalui gabungan pakar melalui pendekatan bio-psikososial dan aspek spiritual.

Jelas beliau, pada peringkat permulaan, pusat berkenaan akan beroperasi dengan 30 anggota terdiri daripada pelbagai profesion bagi menjalankan skop perkhidmatan di bawah NCEMH.

“Terdapat lima skop utama di bawah pusat kecemerlangan ini yang akan berfungsi sebagai satu pusat kawalan dan koordinasi perkhidmatan kesihatan mental, perkongsian pintar agensi awam, swasta dan pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO).

“Ia juga akan menjadi pusat rujukan setempat dan latihan termasuk proses akreditasi dan ‘credentialing’ program kesihatan mental,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI