fbpx

Sukar lupa tragedi 15 orang mati depan mata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

GUA MUSANG – Tragedi 15 Orang Asli suku kaum Bateq yang maut akibat krisis kesihatan tiga tahun lalu masih memberi kesan mendalam kepada lebih 200 penduduk Orang Asli di Kampung Kuala Koh.

Selepas tragedi itu, kebanyakan penduduk menjalani hidup dalam keadaan berjaga-jaga kerana bimbang kejadian ber­kenaan berulang.

Seorang warga emas, Som Ngai, 70, berkata, dia masih tidak dapat melupakan tiga ahli keluarganya yang maut akibat penyakit misteri itu.

Menurutnya, sehingga kini dia masih mengingati suami, anak dan cucunya yang maut secara tiba-tiba bersama penduduk lain selepas menggunakan punca air sungai berhampiran penempatan mereka.

Katanya, meskipun pihak kerajaan mengesahkan pendu­duk yang maut terkena wabak Measles atau demam campak, namun sehingga kini mereka percaya ia disebabkan punca air yang tercemar.

“Saya masih terkenang kesakitan yang dialami mereka. Saya melihat sendiri mereka meninggal dunia seorang demi seorang di depan mata.

“Saya bersama penduduk lain risau jika penyakit yang pernah menyerang Orang Asli di kampung ini tiga tahun lalu kembali lagi,” katanya ketika ditemui pemberita di Kampung Kuala Koh di sini semalam.

Pada bulan Jun 2019, 15 orang Penduduk Orang Asli suku kaum Bateq di Kampung Kuala Koh maut secara misteri.

Bagaimanapun, Kementerian Kesihatan mengesahkan wabak yang berlaku dalam komuniti Orang Asli suku Bateq itu disebabkan wabak Measles atau demam campak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI