fbpx

‘Snow White’ si pencinta haiwan ditahan kerana bela 100,000 lipas dalam rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BERATUS-RATUS haiwan diselamatkan dari rumah Keyes. - ASPCA/ FACEBOOK

BANDAR RAYA NEW YORK – Seorang wanita di New York, Amerika Syarikat (AS) yang digelar ‘Snow White’ oleh rakan-rakannya kerana menyayangi haiwan, telah ditahan kerana menyimpan 100,000 ekor lipas di dalam rumahnya, lapor akhbar Daily Star semalam.

Selain itu, Karin Keyes, 51, dikatakan turut memelihara kira-kira 300 haiwan dalam keadaan yang ‘kejam’ termasuk 118 arnab, 150 burung, tujuh kura-kura, tiga ular dan 15 kucing. 

Pegawai berkata pada Selasa lalu, apabila anggota penyelamat melangkah masuk ke dalam rumahnya, mereka terpaksa memakai sut hazmat untuk mengelak terjejas akibat keadaan yang ‘bertoksik’.

Bau yang terhasil daripada air kencing dan lantai yang dipenuhi najis itu dikatakan sangat busuk sehingga mereka dinasihatkan untuk tidak berada di dalam rumah lebih daripada beberapa minit.

Keyes yang merupakan seorang pekerja sosial, mula menimbulkan syak wasangka awal bulan ini apabila anggota bomba dipanggil ke hartanahnya di New York. Rumah itu turut dijadikan tempat untuk bertemu dengan pelanggannya.

Pelanggannya dikatakan telah melaporkan perkara tersebut kepada pihak berkuasa, lapor agensi berita NBC New York.

“Keyes mendapati sebuah kedai haiwan akan ditutup dan pergi menyelamatkan haiwan-haiwan itu kerana tidak mahu ia hilang tempat tinggal.

“Apabila dia mengetahui mana-mana haiwan sakit atau perlukan rumah, dia mengambilnya dan membawa ia pulang,” kata rakan kepada Keyes, Danielle Ward.

Pendakwa raya mengesahkan bahawa semua haiwan itu dijangka bertahan hidup. Bagaimanapun, beberapa kumpulan pakar haiwan telah dipanggil untuk membantu bertindak balas terhadap situasi tersebut.

Keyes telah didakwa dengan beberapa tuduhan mengurung haiwan dengan kejam dan dihukum penjara jika sabit kesalahan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI