fbpx

Russia kuat kuasa undang-undang tentera di 4 wilayah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengawal sempadan Ukraine membuat rondaan di sempadan antara Ukraine dan Rusia di wilayah Kharkiv. - Shutterstock

MOSCOW – Kerajaan Russia tidak merancang mengenakan sebarang penutupan sempadan di negara itu dalam masa terdekat, lapor laman berita RT kelmarin.

Perkara itu disahkan oleh jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov mengenai kemungkinan Moscow mengehadkan pergerakan rakyat di seluruh Russia.

Beliau mengeluarkan penjelasan tersebut sejurus selepas Presiden Vladimir Putin memperkenalkan undang-undang tentera di empat wilayah Ukraine yang  baru-baru ini menyertai Russia.

Apabila ditanya oleh saluran berita RIA Novosti sama ada kerajaan Moscow akan menutup sempadan, Peskov berkata: “Tidak, tiada rancangan ke arah itu.”

Terdahulu pada hari sa­ma, Putin mengumumkan ke­putusan mengenakan undang-undang tentera di Republik Rakyat Donetsk dan Lugansk, serta Wilayah Kherson serta Zaporozhye bermula te­ngah ma­lam tadi.

Pada akhir September lalu, pentadbiran pro-Russia di empat wilayah berkenaan mengadakan pungutan suara rakyat untuk menyertai Russia. Majo­riti penduduk di setiap wilayah terbabit mengundi menyokong langkah itu.

Menurut Putin, keputusan tersebut bukan satu perubahan besar kerana undang-undang tentera telah pun dilaksanakan apabila keempat-empat wilayah itu bergabung dengan Russia.

Dokumen yang ditandatangani kelmarin menyediakan asas untuk undang-undang tentera di empat wilayah terbabit.

Putin juga memperkenalkan  ‘tindak balas peringkat pertengahan’ di beberapa wilayah lain bersebelahan Ukraine, terma­suk Republik Crimea, bandar Sevastopol, wilayah Krasnodar, Belgorod, Bryansk, Voronezh, Kursk dan Rostov.

Ia termasuk pihak berkuasa tempatan telah diberi kuasa tambahan untuk memastikan keselamatan penduduk di sana.

Parlimen Russia dalam keputusannya, sebulat suara meluluskan pelaksanaan semua  undang-undang tersebut. –Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI