fbpx

Pilih pemimpin fardu kifayah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MENGUNDI di dalam pilihan raya adalah termasuk sebahagian daripada kepentingan umum. – GAMBAR HIASAN

GEORGE TOWN – Umat Islam diingatkan bahawa mengundi pada Pilihan Raya Umum (PRU) merupakan satu fardu kifayah dan merupakan salah satu cara atau kaedah untuk mencapai kemaslahatan rakyat.

Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd. Noor berkata, penyertaan pada pilihan raya dengan niat memilih calon wakil rakyat yang baik boleh dianggap amalan saling bekerjasama pada jalan kebajikan dan takwa yang amat digalakkan agama Islam.

“Mengundi di dalam pilihan raya adalah termasuk sebahagian daripada bab muamalat yang terbina di atas kepentingan umum.

“Namun umat Islam dilarang memilih seorang calon yang diketahui tidak bertanggungjawab dan mengkhianati amanah ter­hadap agama, negara dan rak­yat,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Menurut Wan Salim, begitu juga larangan memilih seorang yang menyeru kepada kesesatan atau maksiat kerana dibimbangi individu seperti itu akan me­nyalahgunakan kuasa, jawatan dan kedudukannya nanti untuk merosakkan agama, masyarakat serta negara.

“Ungkapan Nabi Yusuf sebagaimana di dalam al-Quran bahawa calon yang layak dipilih mewakili rakyat mestilah memiliki dua kualiti peribadi.

“Iaitu calon dapat memelihara amanah yang diharapkan oleh para pengundi dan mempu­nyai kebolehan atau kecekapan mengurus serta mengendalikan pekerjaannya dengan baik,’’ jelasnya.

Selain itu, menurutnya, umat Islam juga diharuskan memilih calon daripada kalangan bukan Islam sekiranya terbukti atau diyakini boleh memberi per­khidmatan yang berfaedah kepada rakyat dan negara termasuk kemajuan agama Islam.

“Ini adalah menurut panda­ngan beberapa ulama muktabar seperti Imam Ramli, Imam Ibnu Hajar al-Haitami dan Imam Kha­tib Syarbini di dalam kitab-kitab karangan mereka,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI