KLANG – Seorang individu rentung selepas kenderaan dipandunya terbakar dalam kejadian di Jalan Shapadu Kampung Sungai Pinang, awal pagi tadi.
Mangsa yang belum dikenal pasti identiti itu didapati rentung 100 peratus.
Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, enam anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Pinang bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pukul 5.27 pagi.
“Sebaik tiba 10 minit kemudian didapati kebakaran melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Kancil yang terbakar 100 peratus.
“Terdapat seorang mangsa di tempat pemandu turut terbakar keseluruhannya dengan identiti mangsa tidak dapati dipastikan,” jelasnya dalam kenyataan hari ini. – KOSMO! ONLINE