fbpx

Netizen ‘kritik keras’ ciapan B40 liat bayar yuran PIBG

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

GEORGE TOWN – Netizen mengkritik keras hantaran dimuat naik menerusi laman sosial Facebook (FB) mengenai golongan B40 didakwa antara individu yang liat membayar yuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah.

Rata-rata pengguna ligat berbahas ciapan yang dikongsi di akaun FB Penang Kini dua jam yang lalu (9 pagi) dengan masing-masing meletakkan pelbagai komen balas.

“Jangan suka menghina dan mencaci sangat golongan B40, bukan semua mereka yang berperangai macam itu. Hanya segelintir sahaja yang berperangai tak elok, habis nak pukul rata semua golongan B40 pasai apa?

“Golongan T20 yang kaya raya dan kayangan itu pun ada jugak yang liat nak bayaq (bayar) yuran PIBG, bila mesyuarat PIBG selalu tak hadir, alasannya sibuk dengan kerja tapi komplen pandai. Itu tak betui (betul),ini tak betui, depa (mereka) saja yang betul.

Hantaran dimuat naik di satu akaun FB mendapat banyak kritikan dan komen balas daripada pengguna laman sosial.

“Yang ramai datang mesyuarat PIBG itu ialah golongan B40 dan M40,” komen panjang daripada seorang pengguna laman sosial.

Seorang lagi netizen turut meninggalkan komen, “Jgn (jangan) pukui (pukul) rata bang. Ada T20 pakai BMW pun tak bayaq (bayar) yuran PIBG”.

“Tapi daripada kajian yang liat nak bayar yuran PIBG ini daripada kalangan T20 dan M40,” balas seorang lagi netizen.

Bagaimanapun, ciapan tersebut setakat ini telah pun mendapat 19 perkongsian, 219 komen dan 646 reaksi daripada pengguna laman sosial. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI