fbpx

Lesti Kejora, Rizky Billar dalami ilmu agama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LESTI Kejora dan suaminya Rizky dikatakan kini sedang mendalami ilmu agama dan berada dalam keadaan baik.

SELEPAS mengambil keputusan untuk berdamai, pasangan selebriti Lesti Kejora dan Rizky Billar kini sedang fokus memperbaiki rumah tangga dan mendalami ilmu agama.

Abang Rizky, Bobby Rahman mendedahkan, pasangan itu kini berada di sebuah pesantren atau sekolah pondok yang dirahsiakan dan berada dalam keadaan baik.

“Rizky dan Lesti sedang dalami ilmu agama tapi tidak tahu di mana. Alhamdulillah mereka bahagia dan baik-baik sahaja. Yang pastinya mereka serumah,” ujarnya seperti dipetik WowKeren.

Bobby juga berkata, keluarganya akan membuat kenduri kesyukuran selepas pasangan itu pulang.

Dia juga menasihatkan Rizky dan Lesti mengabaikan kritikan masyarakat kerana yang penting kedua-dua selebriti itu saling menyokong satu sama lain.

“Ramai yang minta mereka berpisah tapi itu rumah tangga mereka. Mereka yang menjalaninya, apa yang saya lihat mereka bergurau-gurau dan sudah berpelukan.

“Apa yang berlaku itu pengajaran, semoga mereka menjadi lebih baik pada masa depan,” ujarnya.

Sebelum ini, Lesti membuat laporan polis dan mendakwa dipukul suaminya pada 28 September lalu sekitar pukul 1.51 pagi waktu Indonesia Barat di kediaman mereka, Cilandak, Jakarta Selatan.

Penyanyi lagu Sekali Seumur Hidup itu mendakwa suaminya berlaku curang sehingga berlaku pergaduhan antara mereka.

Rizky didakwa bertindak agresif dengan memukul dan mencekik isterinya sehingga terjatuh ke lantai.

Bagaimanapun, penyanyi itu mengejutkan ramai pihak apabila menarik balik laporan polis yang dibuat dan memaafkan suaminya.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 19 Ogos 2021 dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Leslar Al-Fatih Billar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI