fbpx

Lambert impikan debut sempurna di Stadium Nasional Bukit Jalil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LAMBERT menegaskan KL City harus beraksi sebagai satu pasukan seperti perlawanan sebelum ini apabila menentang Al-Seeb pada Piala AFC di Stadium Nasional Bukit Jalil malam esok.

DEBUT pertahanan Kuala Lumpur City, Declan Lambert di bumi Malaysia akan dipenuhi cerita warna warni sekiranya mampu menoktahkan kejuaraan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) di Sta­dium Nasional Bukit Jalil malam esok.

Sekalipun sedar kualiti yang ada pada kelab Oman, Al-Seeb, Lambert yang juga pemain kebangsaan tetap memasang impian tinggi bagi menambahkan ‘dekorasi’ dalam catatan resumenya di negara ini.

“Pada awal-awal kehadiran saya, kesukaran yang dihadapi mungkin disebabkan tahap kecergasan kerana sudah lama tidak bermain. Apabila sudah dapatkan minit permainan dan bantuan daripada jurulatih, ia pastinya meningkatkan lagi kualiti permainan saya.

“Sudah pasti detik seperti ini akan menjadi musim yang hebat bagi saya, tidak hanya mampu melangkah ke final Pia­la AFC, malah saya juga turut mendapat panggilan skuad kebangsaan,” katanya.

KL City muncul pasukan kedua dari Malaysia mara ke pentas final Piala AFC sebelum Johor Darul Ta’zim (JDT) memenanginya pada 2015 dan misi The City Boys turut terarah kepada memecahkan dominasi kelab dari Timur Tengah.

Untuk rekod, hanya kelab Uzbekistan, FC Nasaf dan JDT menjadi dua pasukan tunggal yang bukan dari Timur Tengah menjuarainya, manakala selebihnya kekal didominasi oleh ‘kelab Arab’.

“Ini adalah perlawanan sukar kerana pasukan dari ASia Barat memiliki rekod baik dalam pertandingan ini apabila banyak kelab dari sana muncul juara. Saya sudah bersedia, namun kami perlu bekerja sebagai satu pasukan seperti perlawanan sebelum ini.

“Apabila ada penggunaan Video Bantuan Pengadil (VAR), ia sesuatu yang menarik. Jadi kami juga perlu lebih berhati-hati ketika melakukan asakan kepada pemain lawan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI