fbpx

Kelindan maut lori muatan tayar keretapi terbabas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kelindan maut apabila lori muatan tayar kereta api yang dinaiki terbabit dalam nahas di kilometer 223, Lebuh Raya Utara - Selatan (arah selatan), awal pagi tadi. - IHSAN POLIS

REMBAU – Seorang kelindan maut apabila lori muatan tayar kereta api yang dinaikinya terbabit dalam nahas di kilometer 223, Lebuh Raya Utara – Selatan (arah selatan), di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.45 pagi itu, mangsa, Nor Azli Manaf, 37, beralamat di Kampung Telok Nyior Sebatang, Sungai Besar, Selangor, disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik yang tiba di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Hazri Mohamad berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika lori dalam perjalanan dari Klang melalui Senawang ke Air Keroh untuk menghantar barang ke Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Kempas.

Keadaan lori muatan tayar kereta api yang terlibat nahas di kilometer 223, Lebuh Raya Utara – Selatan (arah Selatan), awal pagi tadi.

“Apabila tiba di lokasi kejadian, kenderaan yang sedang bergerak terus di lorong kiri dipercayai hilang kawalan lalu masuk ke bahu kiri jalan dan terbabas ke tebing sebelah kiri lebuh raya.

“Akibat kemalangan tersebut, kelindan telah tersepit dan mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala, muka dan patah tangan kiri disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Manakala pemandu berusia 46 tahun turut mengalami kecederaan parah di bahagian tangan kiri dan kaki kiri dihantar ke Hospital Alor Gajah untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hazri berkata, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Rembau untuk dibedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Susulan insiden berkenaan, sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota serta Rembau dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI