fbpx

Inisiatif PerantiSiswa perlu dikekalkan setiap tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairy Jamaluddin menyampaikan Peranti Siswa Keluarga Malaysia di UiTM Kampus Seremban hari ini. - Foto MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.

SEREMBAN – Pemberian peranti komputer kepada pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) di negara ini secara percuma perlu dijadikan program kekal oleh kerajaan setiap tahun.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, penggunaan peranti itu adalah satu keperluan dan bukan lagi satu kemewahan kerana mahasiswa perlu mendapatkan maklumat dan menyiapkan tugasan sepanjang pengajian mereka.

Katanya, kemudahan peranti itu mampu meningkatkan produktiviti mahasiswa dan mudah untuk mereka melaksanakan tugasan dengan lebih baik.

“Jangan anggap wang yang dibelanjakan untuk menyediakan kemudahan ini sebagai perbelanjaan sebaliknya ia adalah satu pelaburan.

“Kalau ada aspirasi untuk menjadi sebuah negara digital, saya percaya bantuan seperti ini mesti jadi program kekal,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Penyerahan PerantiSiswa Keluarga Malaysia di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Seremban di sini hari ini.

Seramai 1,687 mahasiswa UiTM di tiga kampus universiti itu di negeri ini menerima bantuan peranti berkenaan.

Sehingga kini, lebih 66,000 unit peranti komputer itu telah diagihkan daripada lebih 300,000 permohonan yang diterima kerajaan.

Khairy secara peribadi dalam pada itu memberitahu, beliau sendiri akan mengusulkan kepada kerajaan supaya program pemberian peranti itu dibuat secara berterusan jika terpilih sebagai anggota Kabinet selepas pilihan raya umum tidak lama lagi.

Malah, katanya, pemberian itu patut diperluaskan dan bukan sekadar kepada pelajar daripada keluarga berpendapatan 40 peratus terendah (B40) semata-mata. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI