BERSEMPENA sambutan ulang tahun kelapan, peneraju perniagaan beli-belah barangan dari rumah dan e-dagang milik Astro, Go Shop tampil dengan tawaran menarik termasuk baucar sebanyak RM8 juta untuk para pelanggan.
Jualan menarik di platform berkenaan akan berlangsung selama tiga minggu untuk para pelanggan bermula 18 Oktober hingga 8 November ini termasuk menawarkan penghantaran percuma ke seluruh Malaysia.
Selain memberikan baucar RM8 juta, hadiah dan Go Points bernilai RM88,0000 serta rancangan Live Party khas dengan tawaran istimewa iaitu ‘Beli 1, Percuma 1’.
Menurut Pegawai Eksekutif Go Shop, Christinne Lim, jualan ulang tahun yang kelapan Go Shop adalah acara yang paling dinanti-nantikan pada tahun ini.
“Kami sentiasa berinovasi untuk melengkapi perubahan pasaran yang semakin meningkat, permintaan dan trend yang sentiasa berubah-ubah di Malaysia.
“Dengan kelebihan pasaran digital yang pelbagai, kami telah menggabungkan seni membeli-belah barangan rumah dengan mempunyai produk yang betul dan platform digital tepat untuk menjangkau rangkaian pelanggan lebih meluas sekali gus meningkatkan pangkalan pelanggan Go Shop kepada 3.2 juta orang,” katanya.
Christinne menjelaskan, Go Shop akan muncul dengan produk terbaharu, Go Shop Premium yang memberi peluang kepada pelanggan mendapatkan barangan jenama tulen dan premium.
“Nantikan kategori baharu kami, iaitu Go Shop Premium, yang mana pelanggan boleh mendapatkan barangan daripada jenama-jenama tulen dan premium serta Service and Tour yang menampilkan pakej percutian dengan nilai hebat dan pengalaman perjalanan istimewa di Malaysia,
“Go Shop Premium kini menempatkan lebih 20 jenama tempatan dan antarabangsa merentasi kategori fesyen, kecantikan, aksesori hingga barangan rumah dan kediaman seperti Bonia, Habib, Crabtree & Evelyn dan banyak lagi,” ujarnya.
Nantikan Go Shop 8Mazing Live Parties dengan lebih tiga jam tawaran hebat untuk pelanggan merebut tawaran ‘Beli 1, Percuma 1’, promosi istimewa dan lebih banyak diskaun.
Acara tersebut yang akan berlangsung pada 30 Oktober ini dari pukul 9.30 pagi hingga 12.30 tengah hari menerusi saluran Astro 118 itu menampilkan tetamu selebriti popular termasuklah Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datin Fouziah Gous, Cef Izyan Hani dan Wong Chui Ling.
Sementara itu, para pelanggan juga boleh strim acara tersebut secara siaran langsung (live) menerusi Astro Go atau laman sesawang, aplikasi mudah alih, YouTube dan Facebook Go Shop.
Tidak cukup dengan itu, pelanggan yang berbelanja minimum RM288 pada setiap pembelian akan mendapat penyertaan bertanding bagi memenangi lebih RM88,000 hadiah menarik dan Go Points.
Antara hadiah boleh dimenangi termasuklah telefon pintar, Samsung Galaxy Z Flip4, Samsung Tab S7 FE, telefon pintar jenama Oppo, tawaran pakej hotel, Go Points bernilai RM88 dan banyak lagi.
Pelanggan juga berpeluang menikmati diskaun sehingga RM88 apabila menggunakan kod BDAY88 dengan perbelanjaan mininum RM688.
Sambutan ulang pra-ulang tahun Go Shop turut diserikan dengan acara Pre-Birthday Live Shows pada hari Jumaat (28 Oktober pukul 11 pagi) di saluran Astro 118 dan pukul 12 tengah hari di saluran 303 untuk membeli-belah dengan tawaran pukal barangan mesti beli (must-buy) bernilai RM68, RM88 dan RM188.
Muat turun aplikasi Go Shop di Google Play atau App Store dan memutar Emoji Wheel di aplikasi tersebut pada setiap hari untuk memenangi Go Points.
Para pelanggan juga akan menerima pelbagai hadiah apabila membeli Kotak Misteri atau Emoji Mystery Boxes berharga RM18 yang terdiri daripada produk menarik berjenama seperti Neoflam, Aurasia, Haushault, Nakada, Pyrex bernilai lebih RM100,000 secara keseluruhan.
Layari Go Shop di www.goshop.com.my atau muat turun aplikasi Go Shop di Google Play dan App Store untuk mengetahui tentang tawaran-tawaran ulang tahun kelapan.
Sementara itu, Jangan lupa menonton saluran Go Shop di Astro – Go Shop RUUMA (118) Go Shop GAAYA (120), Go Shop BAARU (111) dalam bahasa Melayu dan saluran 303 (Bahasa Mandarin).