fbpx

Fazura menangis lawat Jahidah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nur Fazura (dua dari kiri), Fattah (tengah) bergambar bersama Fauziah (kanan sekali) ketika melawat Jahidah dan bayinya Eshan Nufail. - IHSAN FAUZIAH

SEREMBAN – Selebriti popular, Nur Fazura Sharifuddin tidak dapat menahan sebak ketika melawat mangsa keganasan rumah tangga yang koma dipukul suami, Jahidah Nordin, 43, di Bandar Sri Sendayan di sini semalam.

Adik mangsa, Fauziah Nordin, 40, berkata, jelas terpancar sifat mesra dan prihatin Nur Fazura yang datang bersama suaminya Fattah Amin melawat kakak dan bayinya, Eshan Nufail berusia 11 bulan.

Perkara itu turut dikongsikan Fauziah di Facebooknya semalam dan memaklumkan Nur Fazura menangis serta tidak sanggup melihat keadaan Jahidah yang terlantar.

“Masa nak masuk bilik tengok kakak, Fazura tak boleh nak masuk sebab dia dah sebak menangis di luar bilik, tak sanggup tengok keadaan kak Jahidah.

“Suami (Fattah) dia pujuk kuatkan hati tengok kak Jahidah. Baiknya hati Fazura, suami serta ‘team’, datang melawat kak Jahidah,” tulisnya.

Fauziah berkata, Nur Fazura dan Fattah yang datang bersama pasukan Mukmin Pro meluangkan masa kira-kira dua jam, malah Nufail kelihatan selesa dengan pasangan selebriti itu.

“Walaupun kedua-dua selebriti itu orang terkenal, tetapi sangat merendah diri kerana sanggup datang melawat kak Jahidah dan Nufail, memang pemurah sangat dia.

“Fazura kata kalau nak apa-apa beritahu sahaja, Nufail dia nak bagi susu macam anak dia minum sebab dia kasihan Nufail berat tak cukup, tak boleh duduk lagi kena jumpa fisioterapi, pakar semua, dia nak bagi keperluan Nufail,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Fauziah turut berkata, rezekinya dapat berjumpa pelakon berkenaan yang disifatkan peramah dan tidak kekok bergaul.

Sebelum ini, Kosmo! melaporkan dalam kejadian pada 4 Mei 2021, Jahidah yang menetap di Johor Bahru koma disebabkan kecederaan parah pada kepala dengan tengkorak terpaksa dibuang akibat pendarahan selain rahang, tulang belakang serta rusuk retak dipukul suaminya yang berusia 38 tahun.

Jahidah pada mulanya dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru dan kemudian dipindahkan ke Hospital Tuanku Ja’afar,  Seremban atas permintaan keluarga dan nasihat pihak hospital.

Jahidah selamat melahirkan bayi lelaki, Eshan Nufail secara pembedahan pada 30 November 2021. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI