fbpx

Orang lain jalan macam kura-kura, Dr. Amalina 4 hari sudah cantik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Amalina berkongsi gambar bersama puteri sulungnya ketika keluar bersiar-siar di sekitar London meskipun sedang berpantang.

PETALING JAYA – Pakar bedah, Dr. Nur Amalina Che Bakri mengejutkan ramai apabila semalam, dia berkongsi gambar bersama puterinya, Arabella Mia keluar berjalan-jalan sekitar London.

Apa yang menjadi perhatian, Dr. Amalina kelihatan sihat dan bertenaga meskipun baru sahaja memasuki hari keempat tempoh berpantang selepas bersalin anak sulungnya itu.

Dalam pada itu, rata-rata pengikutnya meminta petua tentang amalan yang dilakukannya supaya memiliki tenaga dalaman yang kuat selain penjagaan merawat luka bersalin dengan cepat.

Bagaimanapun, ada juga individu yang menyindir Dr. Amalina kerana tidak berpantang dengan betul.

Namun, komen tersebut dibalas oleh pengguna lain yang mengatakan, sebagai seorang doktor pasti Dr. Amalina tahu tentang penjagaan kesihatan dirinya agar tidak memudaratkan.

“Cantiknya doktor nampak bertenaga, saya dulu hari keempat lepas bersalin, masih berkain batik, tudung sarung sahaja mampu, badan masih penat nak bergerak, apa petuanya doktor?,” soal Ayuni.

“Hebat doktor Kalau saya dah jalan macam kura-kura, walaupun dah sebulan pun masih rasa lemah badan, tapi doktor mampu bawa anak jalan-jalan dekat bandar lagi, mungkin ada penjagaan cara moden yang sesuai untuk kami para ibu amalkan,” kata Suhaila. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI