fbpx

Orang Tambun sebut ‘ayor’ bukan ‘ayaq’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar bakal bertanding di kerusi Parlimen Tambun yang disandang Ahmad Faizal

PETALING JAYA – “Di Tambun, orang akan panggil ‘ayor’ bukan ‘ayaq’,” jelas penyandang kerusi Parlimen Tambun, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dalam satu rakaman video hari ini.

Video tersebut dihasilkan oleh Menteri Belia dan Sukan itu susulan pengumuman calon Perdana Menteri dari Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan bertanding di kerusi tersebut.

“Hai Assalamualaikum, bagi sesiapa yang ingin berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain dan nak datang ke Tambun.

“Saya nak bagitau sikit. Di Tambun, orang panggil ‘ayor’ bukan ‘ayaq’, terima kasih selamat datang,” perli Faizal.

Semalam, Anwar yang juga Pengerusi PH mengumumkan beliau yang sebelum ini penyandang kerusi Parlimen Port Dickson bakal membuat perhitungan dengan Ahmad Faizal di Tambun dalam PRU15.

Anwar berkata, keputusan untuk menentang Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di Tambun itu sejajar dengan keazaman PH untuk menawan Perak.

Anwar berkata, dia sedia berdepan Ahmad Faizal dan yakin mampu mengalahkan Ahli Parlimen Tambun itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI