fbpx

Cuti Deepavali lebuh raya utama sesak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Trafik sesak melibatkan lebuh raya utama susulan pertambahan kenderaan sejak petang tadi.

PETALING JAYA – Aliran trafik sesak dan perlahan di lebuh raya utama sejak petang tadi berikutan orang ramai mengambil kesempatan pulang ke kampung atau bercuti ke tempat tumpuan pelancong susulan cuti hujung minggu dan cuti Deepavali.

Berdasarkan kemas kini Twitter Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), aliran trafik dilaporkan perlahan di Lebuh Raya Utara – Selatan susulan pertambahan kenderaan.

“Bagi arah selatan, lokasi terlibat dari Universiti Putra Malaysia (UPM) ke Kajang; Ayer Keroh ke Jasin.

“Manakala arah utara, trafik sesak dari Senai Utara ke Kulai; Hentian Sebelah Kulai ke Sedenak; Hentian Sebelah Senawang ke Seremban; Bangi ke Southville City,” katanya dalam satu ciapan sebentar tadi.

Situasi sama melibatkan Lebuh Raya Kuala Lumpur – Karak (KLK) apabila trafik perlahan dari arah timur (Kuantan), sebelum masuk Tol Gombak; Genting Sempah ke Bukit Tinggi serta turut sesak lima kilometer (km) dari Bukit Tinggi ke Bentong.

“Maklumat awal yang diterima LLM, terdapat kemalangan di KM 54.1EB,” katanya.

Sementara itu, bagi arah barat (Kuala Lumpur) pula, trafik perlahan dari Hentian Gombak ke Tol Gombak.

Dalam kenyataan lain, LLM melaporkan trafik sesak melibatkan hampir kesemua lebuh raya sekitar ibu negara menuju ke arah utara dan selatan pada malam ini.

Tambah LLM, beberapa kemalangan turut dilaporkan melibatkan laluan lebuh raya utama disamping cuaca ketika ini sedang hujan berserta ribut petir.

Turut diingatkan juga supaya pengguna lebuh raya memandu dengan penuh berhati-hati serta mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI