fbpx

CIMB Artober kembali lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ABDUL RAHMAN (tengah) melihat antara karya seni yang dipamerkan pada CIMB Artober 2022.

PETALING JAYA – CIMB Group Holdings Berhad (CIMB) melancarkan CIMB Artober Art & Soul dan CIMB Artober Fashion Week semalam, dua program baharu di bawah program tahunannya, CIMB Artober.

CIMB Artober ialah inisiatif seni, budaya dan gaya hidup tahunan Kumpulan yang berlangsung sehingga hujung tahun ini, bertujuan menambah semangat dan kecergasan sambil menyokong komitmen CIMB terhadap memperkukuh ekosistem seni dan budaya tempatan.

CIMB dalam siaran akhbar yang dikeluarkan semalam berkata, acara tahun ini akan menyaksikan dua pameran seni diadakan serentak di Menara KEN TTDI dan Glo Damansara Mall dari 20 hingga 24 Oktober 2022.

“CIMB Artober 2022 akan sekali lagi menyerlahkan beberapa minda artistik yang pa­ling krea­tif dan progresif dalam lukisan, seni visual dan fesyen serta mewujudkan pasaran untuk mempertingkat dan memperkasa industri kreatif tempatan.

“Acara ini akan menyaksikan 15 galeri seni paling terkenal di Malaysia mengetengahkan lebih 150 artis dengan lebih 600 karya seni baharu, yang akan disediakan kepada orang ramai untuk tontonan dan pembelian,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CIMB Group, Datuk Abdul Rahman Ahmad berkata, karya seni menjangkau semua komuniti.

“Justeru, amat penting untuk kita menekankan kepen­tingan seni sebagai sumber kebanggaan negara dalam usaha memelihara budaya, yang sete­rusnya akan menyumbang kepada ekonomi secara keseluruhan.

“Di CIMB, kami bersemangat untuk mencipta dan mengukuhkan pasaran seni kontemporari melalui pemerkasaan ekonomi.

“Kami berharap CIMB Artober akan terus menjadi platform utama dalam menyediakan artis, pereka, dan pengamal seni peluang untuk meningkatkan keha­diran dan berkembang lebih jauh dalam industri,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI