PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir melibatkan negeri utara dan beberapa kawasan lain di Semenanjung serta Sarawak.
MetMalaysia dalam satu kenyataan di Facebook hari ini memaklumkan, hujan lebat berserta ribut petir dan angin kencang dilaporkan berlaku melibatkan Kedah (Kulim dan Bandar Baharu), keseluruhan Pulau Pinang dan Kerian, Perak.
Selain itu, cuaca buruk yang sama dilihat melanda Pahang (Pekan dan Rompin) serta Johor (Pontian dan Johor Bahru) pagi ini.
Beralih ke negeri Sarawak, MetMalaysia mengeluarkan amaran cuaca buruk di Sri Aman (Sri Aman), Betong (Pusa dan Betong), Sibu (Selangau), Mukah (Dalat dan Mukah) dan Bintulu.
“Keadaan tersebut dijangka kembali reda pada lewat pagi nanti,” katanya. – KOSMO! ONLINE