PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melaporkan hampir seluruh Semenanjung serta Sabah dan Sarawak diramal dalam keadaan baik susulan tiada amaran ribut petir dikeluarkan pada petang ini kecuali Johor.
Menerusi hantaran MetMalaysia di Facebook, amaran ribut petir dan hujan lebat cuma dikeluarkan di kawasan Johor yang melibatkan daerah Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.
MetMalaysia turut menjangkakan bahawa ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Johor berlaku sehingga pukul 5 petang.
“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam,” katanya. – KOSMO! ONLINE