fbpx

Aeril Zafrel ‘keruhkan keadaan’, kongsi foto beras, topi dan tisu Mydin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERKONGSIAN Aeril Zafrel dalam Instagramnya merujuk kepada isu sensasi membabitkan Caprice dan Mydin.

PETALING JAYA – Pelakon Aeril Zafrel menggeletek hati ramai apabila berkongsi sekeping foto menunjukkan beras, topi dan kotak tisu jenama Mydin menerusi hantaran status Instagram terbaharunya.

Dikenali sebagai antara selebriti yang gemar mengusik, Aeril atau nama sebenarnya, Suhairil Sunari, 33, menulis status kedengaran sarkastik, namun pada masa sama bersifat lucu menyentuh isu yang sedang hangat diperkatakan melibatkan penyanyi Caprice dan Mydin.

“Ni dah jumpa depan-depan (merujuk foto dimuat naik). Apa lagi, gaduhlah takkan diam sahaja. Hmm, sekadar mengeruhkan keadaan,” coretnya ringkas.

Hantaran status tersebut menjemput pandangan orang ramai termasuk daripada pelakon Hun Haqeem berbunyi: “Kau memang terpaling kreatif.”

Dalam pada itu, seorang pengguna Instagram menulis dalam ruangan komen: “Jangan. Nanti kena suruh buat permohonan maaf. Lepas itu, sisi gelap akan dikeluarkan (didedahkan).”

Terdahulu, dunia hiburan tempatan dihangatkan dengan tindakan Caprice atau nama sebenarnya, Ariz Ramli yang berhasrat mengambil tindakan undang-undang terhadap pasar raya Mydin berjumlah RM30 juta disebabkan beberapa kenyataan berbaur perlian syarikat tersebut dalam media sosial.

Lebih memanaskan situasi, Pengarah Urusan Mydin, Datuk Wira Dr. Ameer Ali Mydin tampil dengan kenyataan mencabar penyanyi rap itu untuk meneruskan niat menyaman syarikatnya.

“Kalau betul Caprice nak saman, hantar surat saman kepada pihak kami, biar peguam saya nanti akan semakkan,” katanya semalam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI