fbpx

Warga emas kesayangan kampung ‘hilang’ ke alam lain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEGAMAT – Kehilangan warga emas, Ithnin Warsan, 79, dari rumahnya sejak 20 September lalu dikaitkan dengan alam ghaib apabila didakwa disembunyikan oleh makhluk halus.

Anak sulungnya, Noor Azali Ithnin, 44, berkata, perkara itu dimaklumkan pengamal perubatan tradisional yang turut membantu misi pencarian tersebut.

Menurutnya, setakat ini, kehilangan bapanya masih misteri kerana tiada sebarang petunjuk meskipun operasi mencari dilaksanakan selama tujuh hari.

“Biasanya bapa saya akan masuk ke dalam rumah sebelum azan maghrib, tetapi hari itu (hari kehilangan), kelibatnya tidak kelihatan hingga pukul 7.15 malam.

“Kehilangan ini agak misteri dan kami sekeluarga tidak menolak kemungkinan ia mempunyai hubung kait dengan alam ghaib,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Ithnin

Noor Azali memberitahu, ­biarpun sudah sebulan berlalu dan pelbagai ikhtiar sudah dilakukan, namun dia dan adik-­beradiknya masih menaruh ­harapan yang tinggi agar bapa mereka ditemui dalam keadaan selamat.

Cerita lelaki itu, bapanya banyak menabur bakti kepada masyarakat terutama penduduk kampungnya sehingga namanya diabadikan pada salah satu jalan di Kampung Tungku Tiga.

Jalan Ithnin sepanjang 2.5 ki­lometer itu merupakan jalan pintas yang menghubungkan Kampung Tungku Tiga ke Felda Pemanis. Laluan itu wujud ketika era darurat pada tahun 1950-an.

NOOR AZALI menunjukkan papan tanda yang mengabadikan nama bapanya, Jalan Ithnin di Kampung Tungku Tiga, Segamat semalam.

Jalan itu turut menghubungkan penduduk Felda Pemanis ke jalan-jalan di Kampung Tengah dan bandar Segamat. Ithnin yang juga pekebun sawit dan getah hilang dari rumahnya pada pukul 7 malam, 20 September lalu.

Kehilangan Ithnin disifatkan sebagai misteri kerana tiada sebarang petunjuk meskipun ­operasi bersama pasukan keselamatan dan penduduk kampung dilakukan selama seminggu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI