fbpx

Wanita sarat mengandung maut, bayi dalam kandungan terselamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan di lokasi kemalangan membabitkan seorang wanita sarat mengandung yang maut dalam kejadian di Kampung Charuk Padang, Sik pada semalam.

SIK – Seorang wanita sarat mengandung maut selepas motosikal ditungganginya bergesel dengan sebuah kereta di Kilometer 29 Jalan Jeniang Sik-Pedu di Kampung Charuk Padang di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 petang itu, Nor Hidayah Abdullah, 27, dari Bandar Baru Beris Jaya di sini maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada anggota badan.

Sementara adiknya yang membonceng motosikal itu mengalami kecederaan. Bayi dalam kandungan mangsa sempat diselamatkan di Hospital Daerah Sik.

Ketua Polis Daerah Sik, Deputi Superintendan Abdull Razak Osman berkata, siasatan mendapati motosikal ditunggangi Nor Hidayah bergerak dari arah sama dengan sebuah kereta jenis Perodua Axia dipandu lelaki berusia 61 tahun.

Katanya, kemalangan dipercayai berlaku apabila penunggang motosikal mahu mengelak seekor ular lalu masuk ke laluan kereta sebelum bergesel dengan kereta tersebut dan terjatuh.

“Akibat kemalangan itu, mangsa yang menunggu masa untuk melahirkan bayi meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah termasuk di bahagian muka.

“Mangsa sempat dibawa ke HDS dengan ambulans untuk mengeluarkan bayi dalam kandungan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI