fbpx

Lebih satu undi julang Putellas rangkul Ballon d’Or

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PUTELLAS dinobatkan sebagai penerima Anugerah Ballon d'Or Feminin buat kali kedua berturut-turut ekoran prestasi cemerlang bersama Barcelona musim lalu. - AFP

SEGALA teka-teki mengenai pemenang anugerah Ballon d’Or untuk tahun ini akhirnya terjawab selepas penggempur utama Real Madrid, Karim Benzema yang disebut-sebut sebagai calon utama akhirnya sah menjulang gelaran pemain bola sepak terbaik dunia.

Bagaimanapun, lebih mencuri tumpuan adalah kejayaan penyerang Barcelona wanita, Alexia Putellas yang merangkul gelaran Ballon d’Or Feminin buat kali kedua berturut-turut.

Kemenangan itu cukup dramatik apabila dia mendapat 164 undi dan hanya memiliki kelebihan satu undi sahaja berbanding pemain Arsenal, Beth Mead, berbeza ketika dia memenanginya tahun lalu dengan cukup selesa apabila meraih 186 undi berbanding pencabar utamanya yang juga rakan sepasukan di Barcelona, Jennifer Hermoso (84 undi).

Biarpun terpaksa berehat panjang ketika ini akibat kecederaan anterio cruciate ligament (ACL) ketika beraksi bersama pasukan Sepanyol pada aksi Euro Wanita 2022, kecemerlangan Putellas sepanjang musim lalu tidak menghalangnya untuk menjadi pemain wanita pertama memenanginya dua kali berturut-turut.

Pemain berusia 28 tahun itu berjaya membantu The Catalans untuk memenangi gelaran liga buat kali ketiga berturut-turut musim lalu dengan memenangi kesemua 30 perlawanan yang diharungi selain turut merangkul gelaran Piala Super Sepanyol dan Piala Permaisuri Sepanyol (Copa de la Reina).

Sebagai pemain yang bertindak di posisi tengah, 18 gol yang dijaringkan untuk aksi liga menyebabkan Putellas tanpa diragui layak untuk menerima anugerah berkenaan selain dia juga turut meledak 11 gol dalam saingan Liga Juara-Juara Wanita serta mencipta 21 umpanan gol dalam 43 aksi.

Sejak diperkenalkan pada 2018, pemain Lyon dari Norway, Ada Hegerberg menjadi pemenang pertama sebelum bintang Amerika Syarikat yang beraksi untuk pasukan OL Reign, Megan Rapinoe merangkul gelaran itu untuk musim kedua.

Namun, pada 2020 ia tidak dipertandingan akibat penularan pandemik Covid-19 sebelum Putellas dinobatkan sebagai pemenang pada musim berikutnya dan mengekalkan kejuaraan itu untuk tahun ini.

Dalam pada itu, perubahan format yang digunakan dalam pemilihan pemenang tahun ini juga menyaksikan Ballon d’Or kembali kepada prestijnya selepas dikritik hebat pada edisi lalu selepas memberikan Lionel Messi anugerah itu ketika Robert Lewandowski dianggap lebih layak.

Pemilihan kali ini dibuat berdasarkan penilaian aksi semusim penuh saingan (Ogos-Julai) dan bukan lagi dibuat untuk sepanjang tahun bermula Januari hingga Disember.

Editor France Football, Pascal Ferre yang merupakan penganjur anugerah turut menambah bahawa jumlah para juri yang memilih pemenang turut dikurangkan kepada 100 wartawan berbanding 170 sebelum ini.

Jelasnya, beberapa perubahan itu dilakukan bagi mengelak pemilihan pemenang berdasarkan sentimen dan populariti sahaja sehingga menyebabkan ia menjadi anugerah ‘gaya hidup’ berbanding prestasi di padang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN