fbpx

Tidak terima permohonan rasmi guna fasiliti program KUSKOP – Amirudin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amirudin.

SHAH ALAM – Kerajaan negeri tidak pernah menerima permohonan rasmi bagi penggunaan fasiliti untuk program Karnival Usahawan dan Koperasi Keluarga Malaysia negeri Selangor di Puncak Alam hari ini.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, ini hasil semakan beliau dengan agensi negeri atas dakwaan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP Tan Sri Noh Omar berhubung program anjuran KUSKOP itu.

“Tidak ada permohonan rasmi dibuat untuk penggunaan fasiliti terbabit, hanya panggilan telefon dibuat Jumaat lalu.

“Telah diingatkan perlu permohonan rasmi. Sehingga hari berlangsung program mereka tidak kembali membuat permohonan bertulis,” katanya menerusi kenyataan di Twitter.

Jelas Amirudin, permohonan bertulis penting kerana agensi perlu perincian program.

“Fasiliti terbabit telah diwartakan sebagai tempat penamaan calon,” katanya.

Kosmo! terdahulu melaporkan penganjuran Karnival Usahawan dan Koperasi Keluarga Malaysia negeri Selangor di Dataran Eco Grandeur, Puncak Alam di sini cuba dihalang oleh kerajaan negeri.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sewaktu melancarkannya dipetik berkata, beliau difahamkan daripada Noh dan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz yang pada mulanya agar sukar melaksanakan karnival itu berikutan tidak dibenarkan dan dipersetujui kerajaan negeri.

“Nasib baik tapak ini swasta (persendirian) dan mereka tidak boleh halang. Kita buat ini untuk kepentingan dalam memberikan ruang kepada peniaga dan penjaja di Selangor dan bukan untuk berkempen,” katanya. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI