fbpx

SIC mahu pelumba Malaysia di grid MotoGP musim depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AZHAN SHAFRIMAN (kiri) menegaskan SIC akan memberi sokongan kepada ZK Racing dan Damok bagi penyertaan kelas Moto3 pada saingan MotoGP musim depan.

BUKAN sekadar harapan, namun ia impian semua rakyat Malaysia untuk melihat pelumba tempatan kembali berada di grid perlumbaan Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) musim depan.

Tahun ini, saingan MotoGP sedikit hambar bukan sekadar ketiadaan kelibat legenda pemotoran dua roda, Valentino Rossi, namun kelibat pelumba Malaysia juga tiada buat pertama kali selepas konsisten memiliki sekurang-kurangnya seorang wakil sejak lebih 10 tahun lalu.

Kali terakhir negara miliki pelumba pada MotoGP ialah musim lalu menerusi Hafizh Syahrin Abdullah yang bersaing bersama pasukan NTS RW Racing GP.

Namun, kehadiran Petronas menurunkan tiga kelibat anak tempatan berlumba pada Grand Prix (GP) Malaysia 2022 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) bermula 21 hingga 23 Oktober ini menaikkan semula semangat komuniti sukan ke litar kebanggaan negara minggu depan.

Tiga pelumba tempatan itu adalah Khairul Idham Pawi, Kasma Daniel Kasmayuddin dan Azroy Hakeem Anuar yang diberikan tiket wild card untuk bersaing dalam kelas Moto2.

“Saya tidak terkejut dengan kehadiran Petronas terutama meletakkan tiga pelumba dalam sai­ngan Moto2 atas tiket wild card.

“Ini satu usaha baik daripada Petronas untuk menampilkan bakat Malaysia. Sebelum ini, kita umum hanya seorang pelumba wild card untuk Moto3 iaitu Syarifuddin Azman tetapi kini kita ada empat pelumba.

“Petronas akan mempunyai pasukan sendiri dan saya harap mereka bertanding dengan sepenuh hati bukan sekadar penyertaan sahaja dan berentap dengan pelumba terbaik.

“Saya yakin ia akan menjadi kelebihan kepada pelumba Malaysia kerana mereka tahu kele­bihan Litar Sepang.

“Saya juga berharap mereka mampu buat yang terbaik untuk kibarkan bendera Malaysia di Sepang,” kata Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Azhan Shafriman Hanif kepada Kosmo! pada sesi sidang akhbar secara maya baru-baru ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI