fbpx

Sarjan mejar hadapi 24 tuduhan rasuah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TERTUDUH (kiri) keluar dari mahkamah selepas didakwa di Mahkamah Sesyen Kuantan di Kuantan hari ini.

KUANTAN – Seorang anggota polis berpangkat sarjan mejar mengaku tidak bersalah atas 24 pertuduhan menerima wang di Mahkamah Sesyen Kuantan, di sini, hari ini.

Tertuduh, Rasip Majid, 53, didakwa melakukan kesalahan terbabit bermula Disember 2016 sehingga Oktober 2019 membabitkan nilai keseluruhan berjumlah RM4,800.

Mengikut kertas pertuduhan, pada 7 November 2016, tertuduh menerima benda berharga iaitu wang berjumlah RM200 secara transaksi pemindahan atas talian dari akaun bank seorang individu.

Kesalahan yang sama dilakukan tertuduh ke atas individu yang sama dengan nilai yang sama pada hampir setiap bulan sehingga transaksi terakhir dilakukan pada 15 Oktober 2019.

Wang tersebut dipercayai mempunyai hubungan dengan kerja rasmi tertuduh yang ketika itu bertugas sebagai Sarjan Mejar di Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Daerah (IPD) Jerantut.

Sehubungan itu, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang jika didapati bersalah boleh dihukum di bawah seksyen sama yang membawa kepada hukuman penjara selama dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Hakim memutuskan tertuduh diikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin dan tertuduh yang kini bertugas di Melaka diminta melaporkan diri di pejabat SPRM daerah mulai November ini selain tertuduh diminta menyerahkan pasport antarabangsa.

Mahkamah menetapkan 21 November ini sebagai tarikh sebutan semula untuk tertuduh melantik peguam bela dan menyerahkan kesemua dokumen.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI