fbpx

Remaja perempuan tikam adik direman enam hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang remaja wanita berumur 18 tahun dihadapkan ke mahkamah bagi mendapatkan perintah reman atas tuduhan membunuh adik lelakinya yang berumur 16 tahun di Mahkamah Johor Bahru disini. -Foto RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Seorang remaja perempuan ditahan reman selama enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kejadian membaling pisau ke arah adik lelakinya hingga maut di rumah mereka di Kampung Ulu Pulai, Ulu Choh, semalam.

Perintah reman itu dibenarkan Majistret, Nurmadiana Mamat selepas meluluskan permohonan dikemukakan pegawai penyiasat Ibu Pejabat Polis Daerah Iskandar Puteri.

Suspek berusia 18 tahun itu tiba di Kompleks Mahkamah Johor Bahru, di sini kira-kira pukul 9.30 pagi dengan berpakaian baju lokap berwarna jingga.

Suspek yang masih bersekolah di tingkatan enam di sebuah sekolah di Gelang Patah, dekat sini itu ditahan reman sehingga Selasa depan bagi membantu siasatan dijalankan.

Dalam kejadian pukul 2.15 petang itu, seorang remaja lelaki berusia 16 tahun maut selepas terkena pisau yang didakwa dibaling kakaknya dalam kejadian di Kampung Ulu Pulai.

Siasatan awal mendapati kejadian berpunca perselisihan faham antara dua beradik itu yang berebut tempat duduk dalam kereta ketika pulang dari sekolah.-KOSMO!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI