fbpx

Remaja perempuan cuba jual darah kumpul wang beli telefon pintar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gadis itu memesan telefon pintar bernilai RM511 secara online dan perlu membayarnya apabila pesanannya tiba. - Google

NEW DELHI – Seorang gadis berusia 16 tahun di Dinajpur, negeri Bengal, India cuba menjual darah sendiri bagi mengumpul wang untuk membeli sebiji telefon pintar canggih, lapor laman berita India Today semalam.

Gadis itu memesan telefon pintar berharga IDR9,000 (RM511) secara online tetapi mendapati agak sukar untuk mengumpulkan  wang sebanyak itu.

Justeru, dia memutuskan untuk pergi ke hospital daerah di Balurghat dan menjual darahnya sebagai pertukaran untuk wang itu.

Kejadian mengejutkan itu menarik perhatian kakitangan hospital selepas gadis itu meminta wang sebagai pertukaran untuk menderma darah.

Pekerja bank darah, Kanak Das memberitahu bahawa mereka berasa curiga apabila gadis itu meminta wang sebagai pertukaran untuk menderma darah.

Kakitangan hospital segera memaklumkan jabatan penjagaan kanak-kanak yang berjaya membongkar kisah sebenar selepas menyoal siasat remaja tersebut. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI