fbpx

PRU15: Lebih 21 juta pemilih akan keluar mengundi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Seramai 21,173,638 orang pemilih berdaftar dijangka akan keluar mengundi sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang akan dijalankan pada 19 November ini.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata, pihaknya telah menerima surat pemakluman berhubung pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Yang Ke-14 bagi tiga negeri iaitu Pahang dan Perlis pada 14 Oktober lalu serta Perak pada 17 Oktober lalu daripada Speaker DUN masing-masing.

“Daftar Pemilih Pilihan Raya (DPPR) yang akan digunakan untuk PRU15 dan Pilihan Raya Kecil DUN N.66 Bugaya, Sabah adalah daftar pemilih terkini sehingga Daftar Pemilih Tambahan Bulan Ogos 2022 yang dikemas kini sehingga 9 Oktober lalu.

“DPPR bagi PRU15 ini mengandungi seramai 21,173,638 orang pemilih yang terdiri daripada 20,905,366 orang pengundi biasa, 146,737 orang tentera serta pasangan, 118,794 orang polis serta pasangan Polis Pasukan Gerakan Am (PGA) dan 2,741 orang Pengundi Tidak Hadir Luar Negara,” katanya.

Beliau berkata demikian pada satu sidang akhbar khas di sini hari ini.

Tambah beliau, DPPR bagi PRU15 dijadualkan akan mula dijual pada 31 Oktober ini.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI