fbpx

PRU15 : Dzulkefly jadi calon Amanah lawan Tengku Zafrul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dzulkefly (kanan) beramah mesra dengan salah seorang mangsa banjir di PPS SK Dato Maharaja Lela, Kuala Selangor, Selangor. Gambar fail

SHAH ALAM – Parti Amanah Negara (Amanah) akan mengekalkan penyandang kerusi Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad mempertahankan kerusinya pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini.

Timbalan Presiden Amanah, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, pihaknya sebelum ini memberikan isyarat awal mengizinkan hasrat dan niat baik Dzulkefly untuk memberi laluan kepada calon lebih muda pada PRU kali ini.

Bagaimanapun katanya, keputusan untuk Dzulkefly bertanding di kerusi sama selepas UMNO mahu meletakkan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz sebagai calon mereka di Parlimen itu.

“Ini kerana bagi kami, PRU-15 ini adalah sangat kritikal dan serius.

“Setiap kerusi adalah penting untuk dimenangi oleh Pakatan Harapan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menjelaskan Amanah yakin Dzulkefly mampu mengekalkan kerusi tersebut berdasarkan kerja yang dilakukan beliau selama ini.

“Rakyat Kuala Selangor tahu kegigihan beliau (Dzulkefly) membantu rakyat di samping tugasan beliau di peringkat negeri Selangor.

“Ini termasuk dalam Pasukan Petugas Khas Menangani Covid-19 Selangor (STFC) dan juga sebagai menteri di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dahulu,” katanya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI