IPOH – Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan beliau akan bertanding di Parlimen Tambun pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.
Perkara tersebut diumumkan beliau sewaktu menyampaikan ucapan di Konvensyen Harapan di Pusat Konvensyen Ipoh di sini hari ini.
Anwar sebelum ini disebut-sebut bakal bertanding di Parlimen Tambun bagi merampas kerusi berkenaan daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang disifatkan PH sebagai pengkhianat.
Dengan pengumuman tersebut, ia bermakna Anwar bakal berdepan saingan daripada penyandang kerusi berkenaan iaitu Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu sekiranya beliau dipilih oleh kepimpinan parti berkenaan untuk mempertahankan kerusi tersebut. – KOSMO! ONLINE