fbpx

PPZ-MAIWP didik pelajar bayar zakat, bantu rakan susah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohammed (tengah) diiringi oleh Timbalan Pengarah Kanan Kluster Pembangunan Kurikulum dan Program TVET, Zulkernai Fauzi (dua kanan) merasmikan Program Jihad Pendidikan dan Zakat Day @KVERTS di Kuala Lumpur hari ini.

KUALA LUMPUR – Pusat Pungutan Zakat – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) dengan kerjasama Kolej Vokasional ERT Setapak (KVERTS) melancarkan Jihad Pendidikan agar para pelajar cakna dengan kebaikan membayar zakat.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi) PPZ-MAIWP, Mohammed Hassan berkata, program ini juga bertujuan mendidikan para pelajar untuk sentiasa membantu melengkapi keperluan rakan-rakan asnaf dan B40 yang lain.

“Semoga program ini menjadi satu wadah yang akan memupuk lebih ramai generasi yang celik dan cakna zakat.

“Diharapkan juga dari usia muda ini, para pelajar dapat menjadi manifestasi peranan kita (PPZ-MAIWP) sebagai penjamin kepada asnaf dan mereka yang memerlukan supaya bantuan dan keperluan sentiasa mencukupi demi kelangsungan hidup,” katanya ketika berucap di perasmian Majlis Jihad Pendidikan dan Zakat Day @KVERTS, di sini semalam.

Katanya, sebagai institusi zakat, tugas pihaknya tidak terhad kepada mengutip zakat sahaja, tetapi mereka juga perlu memastikan kesedaran tentang kewajipan rukun Islam ketiga itu sampai kepada setiap individu yang telah layak atau cukup syarat mereka untuk berzakat.

“Maka program Jihad Pendidikan ini merupakan antara inisiatif yang kita gerakkan supaya kesedaran berzakat ini dapat dipupuk sedari awal bermula dengan para pelajar, guru-guru dan masyarakat umum seterusnya,” ujarnya.

Beliau turut mengingatkan warga pendidik dan ibu bapa untuk menjalankan tanggungjawab dalam memastikan anak-anak dilengkapi dengan ilmu bukan sahaja di dunia, tetapi bekalan untuk di akhirat sana juga.

“Begitu juga para pelajar, meskipun belum layak mengeluarkan zakat, namun pengetahuan tentang zakat itu perlu ada.

“Tambahan pula dengan pendedahan teknologi terkini, saya yakin para pelajar yang ada di hadapan saya pada hari ini boleh mendapatkan maklumat semudah dihujung jari sahaja,” katanya.

Dalam pada itu, PPZ-MAIWP melalui wakalah pembayar zakat menyalurkan sumbangan kepada 250 pelajar asnaf dan B40, surau sekolah serta kolej dengan keseluruhan sumbangan sebanyak RM60,000.

Sementara itu, Pengarah KVERTS, Faridah Akhma Zulkifli mengatakan bahawa pihak kolej berbesar hati kerana telah mengambil langkah sederap bersama PPZ-MAIWP dan mengalu-alukan kerjasama serampang dua mata seperti ini yang memberi manfaat kepada golongan pelajar.

“Program Zakat Day @KVERTS merupakan salah satu landasan yang tepat dalam menyalurkan informasi kepada golongan muda khususnya.

“Kami percaya program sebegini mampu menjadi salah satu solusi dalam melahirkan generasi yang celik zakat,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI