fbpx

Peminat sangkal gosip cinta Winter

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WINTER

GOSIP cinta yang berlegar mengaitkan penyanyi Winter dan Jaehyun dalam forum komuniti online baru-baru ini membuatkan ramai peminat tidak senang duduk.

Gosip tersebut mula bertebaran gara-gara beg kertas daripada MoMA (Museum of Modern Art) yang dipegang Winter di lapangan terbang ketika tiba di Los Angeles pada 15 Oktober lalu.

Beg tersebut juga pernah dipegang oleh pengurus Jaehyun ketika penyanyi itu mengunjungi muzium berkenaan sebelum konsertnya di New York pada 14 Oktober.

Justeru, ada sesetengah peminat memulakan penyiasatan sendiri demi membuktikan bahawa anggota Aespa dan NCT itu tidak mempunyai hubungan istimewa.

Peminat membuktikan, Winter memegang beg kertas tersebut pada 15 Oktober setibanya di New York. Tetapi dia tidak memegang beg tersebut sewaktu perlepasannya ke bandar raya berkenaan.

Malah ada yang mengesahkan, beg tersebut diberikan kepada Winter sebagai hadiah daripada peminat setibanya dia di sana.

Pembuktian tersebut menimbulkan rasa marah peminat kerana begitu mudah netizen mencipta gosip hanya bersandarkan sangkaan sendiri.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI