fbpx

Paul Pogba sudah kembali berlatih di padang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
POGBA semakin pulih daripada masalah kecederaan. – FB JUVENTUS

LONDON – Perancis mendapat berita gembira apabila perancang tengahnya, Paul Pogba dilaporkan pulih sepenuhnya daripada kecederaan dan sudah kembali menjalani latihan pertama bersama Juventus kelmarin.

Pogba masih belum membuat sebarang aksi kompetitif sejak berhijrah daripada Manchester United awal musim ini disebabkan kecederaan menis­kus lutut kanan dialami dalam sesi latihan bersama Juventus.

Ketua Jurulatih Perancis, Didier Deschamps mengesahkan perkara itu, tetapi menuntut agar Pogba cergas sepenuhnya terlebih dahulu sebelum menamakannya ke Piala Dunia Qatar 2022 yang akan bermula 20 November ini.

“Programnya berjalan lancar. Paling penting sekarang dia sudah sembuh dan ini adalah satu berita baik buat kami.

“Selepas ini akan timbul persoalan sama ada dia bersedia atau tidak kerana sudah lama tidak beraksi secara kompetitif. Saya nak dia cergas dahulu sebelum saya membuat keputusan,” katanya.

Berita tersebut hadir pada waktu tepat selepas Deschamps kehilangan khidmat seorang lagi pemain tengah, N’Golo Kante yang terpaksa diketepikan selama empat bulan.

Kante yang baru sahaja selamat menjalani pembedahan berikutan kecederaan hamstring, merupakan watak pen­ting Les Bleus ketika menjuarai Piala Dunia 2018 di Russia.

Selain Kante, Portugal turut berdepan nasib malang apabila pemain sayap sensasi Liverpool, Diogo Jota terpaksa melupakan aksi Piala Dunia selepas mengalami kecederaan betis baru-baru ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI