fbpx

Ops Pewa: 52 PATI bekerja sebagai pemandu ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara warga asing yang ditahan Operasi Pemandu Warga Asing (Ops Pewa) membawa kepada penahanan 52 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di Pasar Borong Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

KUALA LUMPUR -Seramai 52 pendatang asing tanpa izin (PATI) berjaya dicekup selepas pihak berkuasa menjalankan Operasi Pemandu Warga Asing (Ops Pewa) sekitar Pasar Borong Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Rata-rata mereka yang diperiksa memaklumkan menerima upah sekitar RM50 hingga RM100 sehari sebagai pemandu kenderaan untuk menghantar barang di sekitar kawasan berkenaan.

Timbalan Pengarah JPJ Kuala Lumpur, Zulkifly Ismail berkata, operasi itu dijalankan seramai 72 pegawai penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Lumpur bersama tujuh pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuala Lumpur bermula jam 7 pagi tadi.

Jelasnya, pihaknya mengeluarkan sebanyak 239 notis atas pelbagai kesalahan kepada mereka yang didapati melakukan kesalahan selepas memeriksa kira-kira 520 buah kenderaan.

“Ini termasuk bagi kesalahan tiada lesen memandu, tiada lesen kenderaan barangan, insurans tamat tempoh dan lain-lain kesalahan.

“Dalam pada itu, kami juga menyita 58 kenderaan membabitkan lapan lori, 12 van, 25 motosikal, enam forklif dan tujuh motosikal roda tiga dalam operasi itu,” katanya.

Zulkifly berkata, pihak Imigresen juga menahan 52 pemandu membabitkan 16 warga Bangladesh, 28 warga Myanmar, enam warga Indonesia dan dua warga warga India.

“Semua warga asing yang ditahan berusia antara 20-an hingga 40-an itu didapati tidak mempunyai dokumen perjalanan diri yang sah,” katanya.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI