fbpx

Mahkamah: 2 beradik didakwa bunuh anggota Rela

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shugenthiran (kiri) dan Mahendran ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya hari ini. FOTO/ FAIZ ALIF

PETALING JAYA – Dua beradik dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) di hadapan unit sebuah rumah pangsapuri di Damansara dua minggu lalu.

Bagaimanpun tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh iaitu R.Shugenthiran, 26, dan adik lelakinya R.Mahendran, 24, selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan Majistret Zhafran Rahim Hamzah.

Pengakuan tidak direkodkan berikutan kes bunuh itu dibawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, kedua-dua tertuduh didakwa telah membunuh Yahya Kamarudin, 45, di hadapan sebuah unit rumah pangsapuri di Damansara di sini pukul 9.12 malam pada 8 Oktober lalu (2022).

Berikutan itu pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 akta sama yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Dalam prosiding hari ini pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Maryam Jamilah Md Kamal manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam Gursharon Jit Kaur.

Tiada jaminan dibenarkan dan mahkamah menetapkan 5 Januari 2023 untuk sebutan semula kes.

Sebelum ini, media melaporkan polis telah menahan dua suspek masing-masing berusia 24 dan 26 tahun yang disyaki terlibat dalam kejadian seorang anggota Rela dipercayai dipukul sehingga mati hadapan sebuah unit rumah pangsa di Damansara di sini pada 8 Oktober lalu.

Dalam kejadian itu, mangsa dipukul menggunakan topi keledar dan kayu selepas menegur kedua-dua suspek yang dalam keadaan mabuk menaiki lif. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI