fbpx

Lelaki dera anak kekasih, tusuk kepala dengan 9 paku

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HUYEN dijatuhi hukuman mati dengan diberi suntikan maut kerana membunuh. - VnExpress/Danh Lam

HANOI – Sebuah mahkamah di Vietnam menjatuhi hukuman mati ke atas seorang lelaki kerana membunuh anak perempuan kekasihnya yang berusia tiga tahun dengan cara menusuk paku ke dalam kepala mangsa, lapor portal berita MailOnline, kelmarin.

Mahkamah Rakyat Hanoi menjatuhi hukuman tersebut ke atas seorang tukang kayu, Nguyen Trung Huyen, 30, dengan memberi suntikan maut ekoran jenayah yang dilakukan.

Dia didakwa melakukan pembunuhan itu ketika berkongsi rumah dengan pasangannya, Nguyen Thi Luyen, 27, dan anak perempuan wanita itu di Hanoi.

Keputusan ujian X-ray yang dikeluarkan sebuah hospital menunjukkan kecederaan pada mangsa dengan sembilan paku didapati ditusuk ke dalam tengkoraknya.

Tertuduh mendakwa kanak-kanak itu ‘menjejaskan kehidupannya’, justeru, dia membunuh mangsa dengan kejam supaya tidak perlu membesarkannya.

Sejak September 2021, tertuduh didakwa pernah menyeksa dan menakut-nakutkan kanak-kanak itu sebanyak empat kali. Dia turut memaksa mangsa minum racun perosak, menelan kuku dan mematahkan tangannya.

Pada 17 Januari lalu, tertuduh didakwa menampar mangsa berkali-kali selepas gagal menjawab soalan, selain menyeksanya dengan menggunakan kuku.

Apabila Luyen mengetahui penderaan yang dilakukan itu, dia segera membawa anaknya ke Hospital Daerah Thach That. Mangsa kemudian dipindahkan ke Hospital Saint Paul sebelum disahkan koma dan meninggal dunia dua bulan kemudian. – Agensi 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI