fbpx

Konsep ‘cyber hygiene’ perkasa sistem keselamatan siber negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohammad ketika berucap pada Sambutan Jubli Perak (25 tahun) CyberSecurity Malaysia di Hotel Royale Chulan, di sini hari ini.

KUALA LUMPUR – Sistem keselamatan siber negara akan terus diperkasa dan dijadikan asas untuk memastikan keselamatan rangkaian itu sentiasa terlindung.

Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Mohammad Mentek mewakili Menterinya Tan Sri Annuar Musa berkata, semua pihak disarankan mengguna pakai konsep ‘cyber hygiene’ kerana ia berupaya menjadi nadi kekuatan pertahanan siber.

Menurutnya, evolusi teknologi telah menyebabkan wujudnya ancaman dengan penjenayah siber dilihat semakin maju sehingga menggugat keselamatan dan kesejahteraan negara.

“Situasi ini mendedahkan Keluarga Malaysia kepada pelbagai bentuk ancaman dan serangan siber yang semakin kompleks.

“Justeru, tema Persidangan Anugerah dan Pameran keselamatan siber (CSM-ACE) 2022 iaitu #cyberhygiene dilihat amat bertepatan tatkala persekitaran siber semasa semakin mencabar,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Sambutan Jubli Perak (25 tahun) CyberSecurity Malaysia di Hotel Royale Chulan di sini hari ini.

Pada majlis itu, seramai 19 penerima anugerah turut diraikan sebagai pengiktirafan dan penghargaan terhadap sumbangan oleh organisasi global, usahawan kecil dan sederhana tempatan (PKS).

“Ia meliputi bidang keselamatan siber dalam landskap teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) merangkumi aspek inovasi, komitmen, kepimpinan, dan juga penyediaan pelbagai inisiatif dan perkhidmatan,” ujarnya.

CyberSecurity Malaysia telah ditubuhkan sejak tahun 1997 yang bermula dengan nama Pasukan Tindak Balas Kecemasan Komputer Malaysia.

Ia telah menjadi tonggak kekuatan dalam membina landskap keselamatan siber negara dengan menerajui pembangunan serta kelestarian ekosistem siber yang selamat dan berdaya tahan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI