fbpx

Haas nanti panggilan Ricciardo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RICCIARDO masih belum memutuskan mengenai masa depannya dalam F1 selepas meninggalkan McLaren hujung musim ini. – AFP

LONDON – Pasukan Haas dilihat membuka pintu buat pelumba Australia, Daniel Ricciardo untuk bersama mereka menjelang saingan Formula Satu (F1) musim depan.

Prinsipal Haas, Guenther Steiner mengakui bahawa pihaknya masih terbuka untuk menerima panggilan telefon daripada Ricciardo jika dia mahu mengambil alih tempat Mick Schumacher pada saingan 2023.

Ricciardo bakal berpisah de­ngan McLaren pada penghujung musim ini setelah pemandu berusia 33 tahun tersebut mencapai persetujuan bersama pada Ogos lalu untuk meninggalkan pasukan pada akhir kempen 2022.

Ricciardo mengesahkan dia mahu ‘berehat’ pada musim depan dan tidak menolak bahawa dia mungkin kembali pada 2024 nanti.
Ketika ini, hanya dua pasukan F1 iaitu Haas dan Williams masih belum melengkapkan senarai pemandunya musim depan.

“Jika dia berminat dengan kami, dia tidak perlu malu untuk menghubungi saya. Saya tidak akan mengejarnya untuk berbincang mengenai kekosongan pelumba musim depan.

“Saya mahu dia memutuskan apa yang dia mahu lakukan untuk dirinya sendiri sebelum membincangkan dengan lebih mendalam soal kariernya.

“Saya fikir dia seorang pemandu yang baik dan saya tidak tahu bagaimana dia menghadapi dalam situasi yang dia hadapi sekarang. Jadi, saya harap dia membuat keputusan dengan segera demi masa depannya,” katanya,

Ricciardo yang bakal beraksi di Grand Prix Amerika Syarikat di Austin, Texas Ahad ini, menduduki tempat ke-12 dalam carta pemandu dan kali terakhir dia meraih kemenangan adalah di Grand Prix Itali pada September 2021. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI