fbpx

Damok buru petak utama di Sepang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SYARIFUDDIN atau lebih dikenali sebagai Damok.

KUALA LUMPUR – Pelumba berbakat negara, Syarifuddin Azman melaungkan amaran untuk memburu petak hadapan menjelang perlumbaan Moto3 pada Grand Prix (GP) Malaysia hujung minggu ini.

Meskipun turun selaku pelumba tiket wild card pada Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) itu, pelumba berusia 21 tahun tersebut mengakui telah bersedia untuk menggegar litar kebanggaan negara.

Syarifuddin berkata, Litar Antarabangsa Sepang (SIC) sudah menjadi sebahagian daripada kehidupannya apabila se­ring berlatih di litar sepanjang 5.5 kilometer itu, sekali gus mahu memburu tempat di petak hadapan pada sesi kelayakan.

“Saya mahu capai sasaran sebab ini litar saya sendiri dan umpama makanan saya. Saya juga tahu mana boleh memintas pelumba lain.

“Apa pun, saya perlu tengok keadaan cuaca kerana minggu ini cuaca diramal hujan. Jika hujan, keadaan litar jadi licin. Jadi, saya harap keadaan panas, sekali gus mampu beri kelebihan kepada saya.

“Jika hujan sekali pun saya perlu fokus yang terbaik. Jadi pada sesi kelayakan saya perlu benar-benar fokus untuk buru di petak hadapan.
“Jika bermula di petak belakang, jadi sukar untuk saya memintas kelompok hadapan. Saya harap mampu buat terbaik pada sesi kelayakan,” katanya ketika ditemui pada Majlis Tanam Pokok di Taman Tugu di sini semalam.

Pada perlumbaan di Sepang kelak, Syarifuddin atau dikenali sebagai Damok mewakili pasukan VisionTrack Racing Team, bakal menggunakan jentera dan khidmat pasukannya pada Kejuaraan Dunia JuniorGP dan pastinya ia sesuatu yang bakal menambahkan semangat buat dirinya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI