fbpx

Bumbung rumah terbang 50 meter, khemah penjaja rosak dilanda ribut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Asri menunjukkan bumbung pekarangan rumahnya yang terbang sejauh 50 meter selepas dipukul ribut semalam.

SHAH ALAM – Kejadian ribut angin di Jalan Kebun Tambahan, di sini semalam bukan sahaja merosakkan khemah penjaja malah rumah penduduk berhampiran.

Ini apabila bumbung rumah mereka diterbangkan angin kuat dalam kejadian bermula kira-kira pukul 3.45 petang.

Hasil tinjauan Kosmo! turut mendapati kira-kira lima buah kediaman rosak selain melibatkan 10 khemah gerai peniaga.

Seorang pemilik rumah yang ditemui, Mohd. Ashri Rebu, 53, memberitahu, mengalami kerugian dianggarkan RM3,000 selepas bumbung pekarangan runahnya diterbangkan angin kuat sejauh 50 meter.

Katanya, turut rosak adalah bumbung di dapur rumah yang juga menerima nasib sama selepas terbang beberapa meter ke belakang rumah.

“Selang 15 minit hujan turun kira-kira pukul 3.45 petang, suasana menjadi kelam kabut apabila ribut melanda kawasan ini kira-kira 10 minit.

“Apabila reda didapati bumbung pekarangan rumah yang dijadikan tempat meletak kenderaan terbang sejauh 50 meter,” katanya di sini hari ini.

Kata Mohd. Ashri, bekalan elektrik rumahnya turut terputus selama lima jam sebelum kembali pulih semula.

“Ribut itu turut menyebabkan hampir 10 khemah dan peralatan perniagaan penjaja turut rosak.

“Selain itu, didapati tiga buah pokok besar tumbang di tepi jalan namun tidak menganggu aliran trafik kawasan ini,” jelasnya.

Terdahulu tular video berdurasi 43 saat memaparkan khemah penjaja rosak dikatakan dilanda ribut. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI