fbpx

Bantu rakyat tiada dalam kamus PH – Zahida

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zahida

PETALING JAYA – Peranan sesebuah kerajaan sudah tentulah untuk mengurus ekonomi dan membantu rakyat namun itu semua tiada dalam kamus Pakatan Harapan (PH) yang dipilih rakyat pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 yang lalu.

Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan berkata, apa sahaja dasar yang baik untuk rakyat mereka tamat dan kurangkan malah pakej-pakej bantuan banyak dipotong dan banyak yang dihentikan.

“Bukan kerana tidak mampu dalam sudut kewangan, tetapi sebenarnya kegagalan PH mengurus serta mahu menjayakan propaganda mereka menunjukkan kerajaan BN dahulu teruk,” katanya dalam hantaran menerusi laman Facebook miliknya hari ini.

Tambahnya lagi, PH dan serpihannya tak pernah kisah kesusahan nelayan, petani, penternak, penoreh dan kumpulan rakyat yang memerlukan bantuan daripada kerajaan.

“Yang mereka mahukan kuasa untuk menghukum musuh. Rakyat perlu buat apa? Pemimpin PH minta lupakan kesusahan dan belajar ‘ikat perut’,” katanya yang mengimbau kembali pentadbiran PH selama 22 bulan lalu. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI