fbpx

Amaran ribut petir di Sabah, Sarawak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir melibatkan negeri Sabah dan Sarawak pada petang ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan berkata, amaran tersebut dikeluarkan susulan hujan lebat dan angin kencang yang diramalkan akan melanda beberapa daerah di negeri itu sehingga pukul 5 petang nanti.

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Sarawak melibatkan daerah Kuching, Samarahan, Mukah (Daro, Matu, Dalat dan Mukah) dan Limbang (Lawas).

“Sementara itu, di Sabah pula, daerah yang terlibat ialah di Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud) dan Sandakan (Kinabatangan dan Sandakan),” katanya di sini hari ini.

MetMalaysia berkata, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI