fbpx

8 kerusi Amanah, 6 PKR di Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Pakatan Harapan (PH) Kelantan dikatakan telah menyelesaikan pembahagian 14 kerusi Parlimen yang akan dipertandingkan dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Sumber PH Kelantan memberitahu Kosmo! lapan kerusi diberikan kepada Amanah membabitkan Kota Bharu, Kubang Kerian, Tumpat, Kuala Krai, Pasir Puteh, Jeli, Pengkalan Chepa dan Rantau Panjang.

“Manakala enam kerusi bagi PKR adalah di Tanah Merah, Gua Musang, Machang, Bachok, Ketereh serta Pasir Mas.

“Pembahagian kerusi bagi Parlimen di Kelantan sudah selesai, kita hanya tunggu keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sahaja hari ini,” ujarnya kepada Kosmo! hari ini.

Dalam pada itu, dijangkakan anak kepada bekas Mursidul Am Pas, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat iaitu Nik Omar Nik Abdul Aziz dinamakan sebagai calon Amanah di Parlimen Kuala Krai.

Manakala nama Naib Presiden Amanah, Datuk Husam Musa pula tidak dinamakan di mana-mana kerusi parlimen di negeri tersebut. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI