fbpx

Zul Ariffin sanggup botak, buruk demi watak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZUL ARIFFIN disolek selama empat jam setiap kali hendak memulakan penggambaran watak Nasir dalam filem Talbis Iblis.

PETALING JAYA – Demi menghidupkan watak dan memberi kelainan dalam lakonan, ­aktor sensasi Zul Ariffin sanggup tampil dengan imej berbeza apabila sanggup membotakkan kepalanya.

Semua itu dilakukan demi wataknya sebagai Nasir dalam filem seram berjudul Talbis Iblis arahan Kabir Bhatia.

Ujar Zul, 36, dia perlu mencukur kepalanya setiap hari supaya mudah dipakaikan solekan khas wajah buruk melecur kesan terbakar.

“Dalam filem ini, ada babak muka saya terbakar ketika muda. Kalau tidak, tak adalah muka saya buruk.

“Saya sayang nak cukur jambang. Sebab saya sendiri dah bayangkan watak Nasir ada jambang. Jadi saya tampil dengan idea mencukur kepala,” katanya.

Tambah Zul, dia juga terpaksa ‘menadah’ muka selama empat jam setiap hari sepanjang penggambaran untuk menghasilkan solekan kesan terbakar pada wajahnya.

“Setiap hari saya kena cukur rambut, kalau tidak, kesan solekan susah nak melekat. Saya okey sahaja walaupun mencabar juga kena mekap selama empat jam.

ZUL ARIFFIN pamer karakter berbeza semata-mata mahu menghidupkan watak dalam filem Talbis Iblis.

“Ini pertama kali dalam hidup saya disolek selama empat jam. Paling lama pernah saya lalui dalam hidup,” katanya.

Pada masa sama, Zul atau nama sebenarnya Zulkifli Ariffin yang sinonim dengan watak lelaki maskulin dan segak mengakui tidak kisah tampil dengan wajah buruk demi menghidupkan watak Nasir.

“Saya okey saja jadi buruk, cuma sebelum ini tak pernah langsung ditawarkan dengan perkara sebegini, jadi macam mana saya nak buat.

Orang pun mungkin tak terfikir saya boleh buat (jadi buruk).

“Produksi tak suruh saya tukar imej, cuma saya sendiri yang fikir. Watak saya jadi pembantu kepada Nasha Aziz dengan imej yang elegan, jadi saya kena wujudkan personaliti yang bertentangan,” ujarnya lagi.

Filem Talbis Iblis yang akan menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula hari ini turut dibintangi Nasha Aziz, Azira Shafinaz, Jay Iswazir dan Sherie Merlis. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI