fbpx

Wanita bersalin dalam lif pangsapuri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BITTAR ditemani suaminya ketika melahirkan anak mereka, Julia di dalam lif bangunan pasgsapuri mereka. - Instagram / @drdaniloalmeida

BRASILIA – Seorang wanita di Brazil melalui detik cemas apabila melahirkan anak di dalam lif bangunan pangsapurinya dengan keseluruhan pengalaman itu dirakam oleh kamera televisyen litar tertutup (CCTV), lapor akhbar New York Post semalam.

Deborah Bittar, berada di rumahnya di Anapolis pada akhir bulan lalu sebelum melahirkan anak keduanya.  

Dia terpaksa melahirkan anak perempuannya, Julia di dalam lif ketika sedang bergegas ke sebuah hospital tempatan.

Deborah bernasib baik apabila dia ditemani suaminya, Dr. Danilo Almeida yang merupakan seorang ahli obstetrik dan ginekologi ketika kejadian.

Almeida pada Khamis lalu memuat naik rakaman kejadian di Instagram yang dirakam menggunakan CCTV lif.

“Kelahiran Julia berlaku dengan cepat dan luar biasa, tetapi mengajar kita bahawa wanita tahu cara bersalin dan bayi tahu bagaimana untuk lahir tepat pada masanya (walaupun ia begitu pantas),” demikian menurut keterangan dalam hantaran itu.

Almeida turut memberi penghormatan kepada Deborah kerana dia sebenarnya tidak banyak membantu isterinya semasa proses kelahiran. 

“Deborah sangat mengagumkan sepanjang proses itu. Peranan saya sama seperti penjaga pintu yang menonton melalui kamera, hanya menyaksikan kelahiran,” katanya.

Almeida tidak mendedahkan tempoh bersalin itu tetapi berkata, dia mempunyai beg untuk ke hospital ketika kejadian dan berjaya memotong tali pusat anaknya. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI