fbpx

PRU15: UMNO yakin ‘rampas’ semula kerusi Parlimen Tasek Gelugor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri

SEBERANG PERAI – UMNO yakin kerusi Parlimen Tasek Gelugor dapat dikembalikan semula kepada parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keyakinan itu dapat dilihat menerusi sambutan penduduk setempat yang hadir memberi sokongan terhadap Program Pemantapan Komuniti Bandar Keluarga Malaysia di Pusat Komersial Tasek Gelugor, di sini hari ini.

“Parlimen Tasek Gelugor ini adalah kerusi kita (UMNO), tetapi ada orang rompak bawa lari.

“Saya nak pastikan Tasek Gelugor kembali semula kepada Barisan Nasional (BN), sebab itu saya datang ke sini dan melihat sambutan sebegini ramai.

“Jika lihat sambutan ini, saya yakin PRU15 nanti, kerusi Tasek Gelugor akan kembali kepada pangkuan kita,” katanya.

Beliau yang juga Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap sebelum merasmikan Program Pemantapan Komuniti Bandar Keluarga Malaysia di Pusat Komersial Tasek Gelugor.

Pada PRU14 lalu, kerusi Parlimen Tasek Gelugor dimenangi calon UMNO, Datuk Shabudin Yahaya dengan majoriti tipis sebanyak 81 undi.

Bagaimanapun, Shabudin yang menjadi Ahli Parlimen Tasek Gelugor selama dua penggal sejak PRU13 atas tiket UMNO mengumumkan keluar daripada parti itu pada 14 Disember 2018 sebelum menyertai Bersatu pada 2019. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI