fbpx

PRU15 : BN terima kerjasama parti lain dengan syarat berkepentingan rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Razlan.

PETALING JAYA – Sekiranya Barisan Nasional (BN) berjaya menubuhkan kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), pihaknya terbuka untuk menjalinkan kerjasama dengan mana-mana parti temasuklah Pas selagi ia berkepentingan rakyat.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Mohd. Razlan Muhammad Rafii berkata, sekiranya kekuatan BN sudah cukup dan Pas mahu bersama, mereka tidak boleh mempunyai percanggahan Perlembagaan dengan parti itu.

“Pas perlu ada satu perkara yang logik untuk kita yakin dengan mereka. Dalam mencari kestabilan dalam dunia politik, perkara itu menjadi satu perkara biasa.

“Tetapi yang paling penting kita nak tahu, sekiranya kita minta mana-mana parti bersama dengan kita, adakah kita perlu melayan karenah parti-parti berkenaan dan akhirnya rakyat tidak mendapat manfaat seperti mana Perikatan Nasional (PN) dan juga PH,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini, hari ini.

Menurut Mohd. Razlan, sebagai sebuah kerajaan yang mentadbir negara, tidak menjadi masalah untuk mengadakan kerjasama dengan parti-parti yang ada.

“Apabila kita mentadbir negara, sudah tentu kita tidak ada masalah untuk mencari persamaan, dasar sama, kita punya tindakan sama, Perlembagaan sama dan itu yang paling utama.

“Jika kita mengambil modul Pakatan Harapan (PH) yang tempoh hari dan sekarang sebenarnya, mereka tidak yakin untuk menang pilihan raya, mereka terpaksa adakan satu rundingan dengan parti-parti,” ujarnya

Jelas beliau, sebarang keputusan akan dibuat atas dasar kebajikan rakyat dan bukan merugikan.

“Kalau ia merugikan duit rakyat, kita tidak akan terima,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI